Produksi Drama Mandatori

Pengarahnya Razaisyam Rashid turut mengakui, bukan mudah untuk menjayakan kisah berunsur seram ngeri jenayah kerana genre seperti ini agak rumit dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran termasuk masa. Ini menyebabkan sesetengah rakaman boleh memakan masa hingga lapan jam, kerana, ada sesetengah babak memerlukan maklumat lebih terperinci agar memudahkan penonton memahami lakonan yang ingin disampaikan oleh setiap pelakon tersebut.

Selain itu, pelakon Siti Saleha Mohd Baharum pula terpaksa mula menjalani penggambaran drama Mandatori hanya dua hari selepas majlis persandingan.[2]